Fakta
Diet untuk darah
jenis A
Dr Peter J D´Adamo
dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet
vegetarian
dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana
jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan
masalah
perut.
Katanya, mereka yang
mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih
banyak berbanding
jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit
jenis
alahan
seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan
berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam
kuantiti
terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah
melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami,
telur dari jenis
organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak
(dalam jumlah terbatas),
kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu
darah jenis ini perlu mengambil sayur-
sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti
yang banyak.
Diet untuk darah
jenis B
Individu darah jenis
B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka
menghindari
makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan
makanan
berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah
jenis AB
Pola makan pemilik
golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A
dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan
saluran
pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan
laut, semua jenis
telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses
penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang
tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung,
taugeh dan cendawan dan semua jenis
buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah
jenis O
Dr Peter J D’Adamo
menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan
berprotein
tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging
(kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang
namun
menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga
menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

No comments:
Post a Comment